lokum

Assalamualaikum...

      ~LOKUM~
jabatan kecemasan

Memang trend sekarang pesakit mai malam2..

Antara alasan2 yang diberikan....
• baru balik kerja ni dr..
• tak dak kenderaan ni..tunggu anak2 balik..
• siang tadi tak larat sangat dr..ni baru boleh bangun!! (Alhamdulillah..dah sihat boleh bangun)
• tak tahan sakit sangat dah dr..nak tidoq pon tak boleh ( sakit dah seminggu ni....)
• tadi dah mai dah dr..tapi anak demam panas lagi..macam nak tarik la dr..
• gatai la dr.. (ni pon selalu/kerap)
• esok saya kerja dr......

Kita pon paham kekangan masa dan kerja sekarang sangat mencabar..hanya free waktu malam saja...

Pernah dengar tak istilah 'LOKUM'??

Lokum ni kira macam overtime untuk para doktor..pihak hospital di jabatan kecemasan akan adakan lokum diwaktu2 puncak. selalunya pada pukul 7-11pm (mengikut hospital) hari bekerja dan pada hari sabtu dan ahad...

So, masa ini ada extra doktor (kita panggil dr lokum) untuk melihat kes2 ringan atau 'tidak cemas' seperti demam selsema, sakit urat, cirit birit, muntah dll.

Anda mungkin melihat banyak pesakit yang menunggu pada waktu ini..tetapi, insyaA perjalanannya akan lancar tanpa menunggu lama..dr lokum hanya akan melihat kes2 ringan tanpa terganggu dengan kes2 kecemasan!!

So apa peranan anda?
pergi ke hospital anda..tanya bila waktu2 lokum di hospital..jika hanya sakit2 ringan, tolong datang masa lokum ini..

Anda bantu kami memudahkan urusan anda sendiri..

P/s : pada hari biasa (isnin - jumaat) 8pagi-5petang, tolong pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan..

#dr_gold86

Comments