7 CARA BERKESAN DAN SELAMAT BUANG KAHAK BAYI DI RUMAH..=)

7 CARA BERKESAN DAN SELAMAT BUANG KAHAK BAYI DI RUMAH

Parents mesti risau dan kesian bila baby mula terkena batuk selsema. Terutamanya untuk baby yang usia kurang dari 2 tahun.

Baby kecil ini masih tak pandai nak buang kahak sendiri. Semestinya mengganggu pernafasan, menggangu tidur dan menyusu.

Ramai parents yang sanggup datang pagi2 ke hospital disebabkan masalah ini, tapi tak banyak yg doktor boleh bantu selain memberi nebulizer dan ubat titik hidung. Sebab ubat batuk selsema tak dibenarkan untuk bayi berumur kurang dari 2 tahun.

Sebenarnya, banyak tip yang parent boleh lakukan di rumah untuk keluarkan kahak bayi.
Plez try this at home!

Plez like dan share untuk kebaikan dan manfaat bersama

1- Bila perlu ke hospital??

Sebelum kita nak merawat anak2 di rumah, tip yang paling penting untuk parent adalah untuk memantau kondisi baby dan mengenal pasti simptom2 kecemasan!!

Baby yg hanya terkena batuk selsema akan sentiasa aktif dan menyusu seperti biasa.

EMERGENCY!!!
- nafas laju, nafas berbunyi, dada dan perut berombak
- tidak aktif dan lesu. tidur saja..
- tidak mahu menyusu atau tak boleh menyusu disebabkan sesak nafas
- demam panas berpanjangan

Kalau ada simptom2 ni, terus bawa baby ke hospital.

2 - UBAT TITIK HIDUNG

kaedah ini sangat2 senang , mudah dan sangat berkesan.

Parent boleh dapatkan nasal drop ni dari hospital atau di farmasi. Hanya perlukan Normal Saline (air garam: nasal drop! Tak perlu yg mengandungi ubat lain. Kalau tak ada, boleh buat sendiri dekat rumah, hanya larutkan sedikit garam di dalam air suam.

Ada juga di farmasi yg jenis spray! Tapi saya tak suka sangat sebab baby akan terkejut dan menangis bila spray. Mungkin sakit.

So, juz titikkan ke dalam hidung baby untuk mancairkan kahak dan melapangkan salur pernafasan.

3- Nasal aspiration / sedut kahak

Selepas titikkan ubat kedalam hidung, selalunya akan keluar banya hingus. So, parent kena bersiap sedia untuk menyedut.

secara traditional, boleh la sedut terus dengan mulut. Kalau geli, boleh beli penyedut kahak ini di farmasi. Ada banyak jenis..boleh saja yang mana.

Tak perlu masukkan terlalu dalam ke dalam hidung, takut2 menyebabkan luka. Juz letak di permukaan lubang hidung dan sedut.

Kadang2, proses ni akan menyebabkan baby bersin dan keluarkan hingus. So lagi senang, hanya perlu lap dengan kain bersih.

4-'Pastikan udara lembap (steam/humidified air)

bila baby menyedut udara yg lembap, kahak akan cair dan keluar dengan senang. Sama konsepnya macam nebulizer di hospital.

Tapi dekat rumah tak ada nebulizer. Parent boleh beli humidifier untuk kekalkan kelembapan udara di rumah..ini pon ramai yg tak ada..kan??

Solusinya...jerang air panas, dan letak dalam bilik air, atau hanya pasang water heater dan tutup pintu bilik air. So bilik mandi akan jadi berw...bersaunalah dengan baby di dalam.=)

InsyaA kahak akan cair...baby akan semakain selesa..=)

5- Baby massage & baby oil

Mungkin chest physio agak advance utk parent2 di luar sana. Untuk saya, cukup la kita buat urutan lembut pada bahagian dada, belakang, kaki dan sendi2 baby.

Belai la anak dengan kasih sayang=) jangan la tepuk2 saja belakang baby.!!

Urutan ini boleh menenangkan baby.

6- Baby oil utk keluarkan kahak

Buat urutan baby dengan minyak yang boleh cairkan kahak baby. Boleh beli di farmasi, macam2 produk baby vick, shiffa oil, tropica dan macam2 lagi..

Kalau tak sempat nak beli, boleh buat minyak sendiri dari bawang putih. Cuma bakar bawang sehingga merekah kulit bawang dan campurkan dengan minyak zaitun atau minyak masak.

Boleh guna dan sememangnya sangat2 membantu mengeluakkan kahak baby. Sapu di bahagian dada, belakang dan batang hidung.

7 - susu ibu

Percayalah..susu ibu adalah 'ubat' terbaik utk baby kita. Bukan saja memastikan anak sentiasa terhidrat ...tapi memberikan nutrient secukupnya kepada baby untuk melawan jangkitan...

Dan susu ibu mengandungi antibody semula jadi dari ibu untuk membantu sistem pertahanan baby..

Baru la baby cepat sembuh...=)

#drnizam

Comments

Post a Comment