HFMD : hand foot mouth disease.
           (Penyakit kaki tangan dan mulut)

Akhir2 ni banyak pulak kes hfmd kat locum dan kecemasan. So banyak parent yang tanya pasai hfmd ni. Teruk ka?? Kena masuk ward tak?? Berjangkit??

Hfmd adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus ( coxsackie virus dan enterovirus).

Simptom2
- ruam / ruam berair pada tapak tangan, tapak kaki, lutut dan punggung.
- ulcer di dalam mulut (selalunya lebih dari satu)
- demam atau tidak demam

Hfmd akan baik dengan sendiri (self limiting virus infection) dan selalunya tidak memerlukan admission di dalam ward.. dan hfmd sangat senang berjangkit dengan kanak2 lain!! So kalau ada sejarah contact dengan kanak2 lain yang ada hfmd, contohnya di pusat asuhan, risiko dijangkiti hfmd semakin tinggi la..

Apa yang perlu parents buat??
☆ bawa anak2 berjumpa doktor. Kenapa??
1. Mengesahkan hfmd
2. Notifikasi hfmd kepada pejabat kesihatan daerah (ini penting untuk menghalang hfmd dari terus merebak, tetutamanya di pusat2 asuhan dan tadika)
3. Doktor akan menilai tahap kesihatan anak dan mengenal pasti komplikasi teruk akibat hfmd!!

So kalau tidak memerlukan admission....bila balik rumah, parent kena buat benda2 ni!

1- kawal suhu/demam anak2 dengan bagi paracetamol (pcm) 6 jam sekali dan jelum dengan air.
2- jaga hidrasi anak2 dengan menggalakkan meminum air
3- symptomatic treatment (kawal simptom)
        •gatal - calamine lotion / piriton
        •sakit mulut/ulcer - oral gel
4- kuarantin..anak2 mestilah di kuarantin di rumah sahaja. Elak dulu bergaul dengan kanak2 lain atau bawa anak2 di tempat umum. Pastikan rehat saja di rumah.
5-hygiene/kebersihan..pastikan membasuh tangan selepas menyentuh anak2. elak berkongsi pinggan/sudu dengan kanak2 lain dan dicuci bersih dengan sabun.

Komplikasi teruk hfmd??
Walaupon kebanyakan pesakit hfmd adalah self limiting, hanya diberikan ubat berdasarkan simptom2, kita perlu berwaspada dengan komplikasi teruk yang boleh menyebabkan kematian!!

- myocarditis - jangkitan pada jantung
- pulmonary edema - paru2 berair
- meningitis/encephalitis - jangkitan pada otak
- severe dehydration - kekurangan air

So bila nak kena bawa pi hospital balik?
1. Tak boleh makan dan minum disebabkan sakit mulut
2. Tidak aktif dan lemah
3. Muntah teruk
4. Sawan
5. Sesak nafas
6. Lali dan kurang respon
7. Demam panas lebih dari 2 hari

Moga bermanfaat
#dr_gold86

Comments