BAHAYA KENCING TIKUS

~ Leptospirosis aka "kencing tikus" ~

 Leptospirosis adalah penyakit jangkitan daripada haiwan kepada manusia (zoonosis), disebabkan oleh kuman leptospira. Kuman ni biasanya ada pada tikus, tapi boleh juga ada pada kucing, burung, dll. Sebab tu kita panggil penyakit ni 'kencing tikus'. Kuman ni ada pada lendir/cecair dari tikus.

Leptospira berjangkit apabila kita terdedah dengan TANAH dan AIR yang dicemari dengan kuman ni. Sebab tu, orang2 yang bekerja dengan tanah (petani/peladang), sisa kumbahan, kedai haiwan, veterinar lebih terdedah kepada leptospirosis. Termasuk juga yang terlibat dengan rekreasi dan sukan air yang semakin popular sekarang..

So, kalau kita tak sihat atau demam lepas pergi mandi kolam, air terjun, lata atau masuk hutan, tolong dapatkan rawatan dari doktor dan tolong bagitau sejarah ini, walaupon dah sebulan berlalu!!sebab simptom2 leptospirosis boleh terlaku walaupun sudah sebulan kita terdedah dengan kuman ini

***selalunya simptom berlaku dalam masa 5-14 hari selepas terdedah dengan kuman lepto***

Simptom2 leptospirosis
- demam 38-40 dan menggigil
-sakit kepala
-muntah cirit
-sakit otot di bahagian betis dan pinggang

90% yang dijangkiti lepto akan datang dengan demam biasa dan sembuh sendiri. 10% lagi akan datang dengan sakit teruk dengan komplikasi
-rosak buah pinggang (kencing kurang/sikit),
-tekanan darah rendah,4
-rosak hati (mata dan kulit menjadi kekuningan)
- pendarahan ( batuk berdarah dan sesak nafas)
- confuse

Take home message!!
☆kalau tak sihat dan risiko terdedah dengan air/tanah yang dicemari lepto, pi jumpak doktor dan cerita!!jangan diam saja, doktor bukan bomoh..=)

#dr_gold86

Comments